THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 22, 2009

Hikmah dari kesilapan dan kegagalan

  1. Kesilapan dan kegagalan membuka peluang mencari penyelesaian baru. Ada ketikanya penyelesaian baru ini jauh lebih baik dan lebih berkesan dari pendekatan yang sebelumnya.
  2. Kesilapan dan kegagalan memberikan kita pengalaman. Ramai orang takut mencuba kerana takut gagal. Kalau begitu bagaimana kita boleh memperolehi pengalaman.
  3. Apabila kita banyak kali mencuba dan banyak kali gagal maka kita menjadi orang yang lebih berpengalaman dan mampu membuat keputusan yang lebih bijaksana.
  4. Kegagalan membina peribadi. Apabila kita gagal, kita boleh serahkan segala-galanya pada nasib, mengalah dan putus asa ATAU kita boleh memilih untuk berundur seketika, melakukan 'post-mortem' dan melangkah semula dengan lebih bergaya.
  5. Ingat! Berundur bukan bererti kalah, mengalah bukan bererti lemah. Oleh itu adakah kita mahu membina peribadi sebagai seorang yang gagal atau sebagai seorang juara? Pilihan ada ditangan kita sendiri.
  6. Kesilapan dan kegagalan menyedarkan kita tentang kekurangan dan kelemahan. Dengan pengalaman ini kita boleh memperbaikinya dan menjadi semakin jauh lebih baik selepas itu. Ia juga mengelakkan diri kita dari bersikap ego, sombong dan takbur.

Tips Membina Kejayaan

Langkah-langkah membina Strategi Berkesan:

  • Tentukan sasaran anda.
  • Tentukan tempoh masa yang diberikan untuk mencapai sasaran ini.
  • Buat analisa tentang kekuatan dan kelemahan diri.
  • Kenalpasti ilmu, kemahiran, individu tertentu, sumber-sumber dan sebagainya yang diperlukan.
  • Susun pelan tindakan.
  • Sentiasa memantau, menyemak, menilai dan mengemaskini pelan tindakan anda.

Perkara penting yang perlu diingat:

  • Sentiasa fleksibel dalam pendekatan yang digunakan. Ada ketikanya kita perlu mencuba beberapa pendekatan dalam mencari pendekatan paling berkesan.
  • Jangan tunggu segalanya sempurna baru mahu bermula. Tidak ada satu pun yang sempurna selagi ia ciptaan makhluk. Menantikan sesuatu perancangan yang betul-betul sempurna baru mahu bermula bermakna kita melambatkan diri kita untuk cemerlang.
  • Mulakan langkah pertama sekarang. Tetapi harus diingat, untuk memulakan kita bukan sahaja bersemangat ketika bermula tetapi kita juga mesti kekalkan momentum yang sama hingga ke penghujungnya.
  • Belajar dari setiap kesilapan dan kegagalan.

dugaan


~Assalamualaikum~


Sebenarnye saya tak tahu nak tulis apa,,,Pada waktu begini seharusnya saya mengulangkaji pelajaran kerana besok saya akan menghadapi 3 kuiz,,,Tp saya tak dapat berbuat demikian kerana saya diserang demam,,batuk dan selesema,,,agak teruk juga sbb saya tak bleh buka mata terlalu lama kerana mata saya terasa panas,,,tekak pula sakit dan gatal,,,apa pun saya akan berusaha untuk mengulangkaji pelajaran walaupun kondisi diri yang tidak sihat,,,doakan lah saya agar cepat sihat,,,sekian daripada saya untuk waktu ini,,,,

Saturday, February 21, 2009

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak berperasaan

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangianda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

Wednesday, February 18, 2009

Gejala Sosial Dikalangan Remaja

Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan remaja hangat diperkatakan , secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa remaja kini semakin agresif, berani, liar . Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? bukan saya ingin merendahkan kelompok saya sendiri tapi sekadar ingin mengupas sahaja tentang masalah yang semakin meruncing ini.

Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba

  • Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.

Pengaruh Rakan Sebaya

  • Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.

Dahagakan Keseronokkan

  • Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak.

Banyak lagi penyebab semua ini terjadi yang tidak dpt saya kupaskan di sini.Kepada semua remaja, saya menyarankan agar sentiasa berwaspada dalam apa sahaja yang dilakukan. Jika berkawan, pilih kawan-kawan yang boleh memimpin ke jalan kebaikan bukannya kawan yang memusnahkan hidup . Jangan mudah terpengaruh. Kenali orang-orang di sekeliling . Penting juga anak-anak remaja mendapatkan seseorang yang boleh menjadi ‘role model’. Pilihlah mereka yang telah menempa kejayaan dalam kehidupan mereka supaya dapat dijadikan panduan untuk mencipta kegemilangan.

Tuesday, February 17, 2009

Amalan pada Malam Jumaat

1. Memperbanyakkan bacaan selawat kepada Nabi

Perbanyakkanlah baca selawat kerana dengan bacaan selawat insyallah kita boleh memperolehi kedudukan yang tinggi dan mulai di sisi Nabi Muhammad saw.Di dalam sebuah riwayat ada tersebut cerita berikut pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w sedang duduk di dalam mesjid bersama-sama sahabatnya maka datang seorang pemuda. Nabi terus menyambut kedatangan pemuda itu dengan penuh hormat serta diberi tempat duduk yang paling dekat dengan Nabi. Tempat duduk pemuda itu lebih dekat dari tempat duduk Abu Bakar dengan Nabi.Lalu Nabi berkata kepada Abu Bakar, "Wahai Abu Bakar aku memberikan tempat duduk kepada pemuda itu lebih dekat daripad tempat duduk engkau ialah kerana di dunia ini tidak ada seorangpun yang membaca selawat untukku lebih banyak daripadanya. Sesungguhnya dia setiap pagi dan setiap malam membaca selawat untukku. Oleh itu aku dudukkan dia lebih dapada engkau

2. Membaca surah Al Kahfi. Nabi Muhammad ada bersabda

Barang siapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan diberikan cahaya baginya di antara dua Jumaat.

3 Memperbanyakan doa.

Pada hari Jumaat ada satu waktu yang bila seorang mulim salat dan minta kepada Allah akan dikabulkan permintaannya dan waktunya sedikit.

c4r4 m3nd4p4tk4n k3b4h4g144n

1. Bebaskan hatimu dari rasa benci.

2. Bebaskan fikiranmu dari segala kekhuatiran.

3. Hiduplah dengan sederhana.

4. Give more

5. Expect less

m3ngukur s3bu4h c1nt4

Di dlm Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”

Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Sa’d mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa’d bercerita kpd anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”

Kisah ini tlh melukiskan sebuah cara utk mengukur cinta kita pd Allah. Sementara ramai yg berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dpt bertemu dgn Kekasihnya sambil membawa sesuatu yg bisa dibanggakan.

Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kpd anda: “Dr mana kau peroleh hartamu di dunia?” Anda akan menjawab, “Harta itu ku peroleh dgn kolusi dan korupsi, dgn memalsu kuitansi, dgn mendapat cipratan komisi.”

Allah bertanya lagi, “Apa saja yg tlh engkau lakukan di dunia?”

“Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.” Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:

“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”

Duhai.. adakah kebahagian yg lbh dr itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dgn membawa amal yg bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya?

Allahu ‘lam bisshawab.

PETUA DAN RAHSIA WANITA

DI SINI SAYE INGIN BERKONGSI RAHSIA/PETUA DGN SMUA (KHAS UNTUK PEREMPUAN) MENGENAI BEBERAPA CARA MENGATASI MASALAH-MASALAH YANG SERING MENGANGGU KAUM HAWA. DIHARAP MAKLUMAT YANG DIBERIKAN DPT MMBERI SEDIKIT SEBANYAK JALAN PENYELESAIAN KEPADA ANDA.


Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid


Cara untuk mengatasinya ialah :-

  • Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih.
  • Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.

Memerahkan Bibir
  1. Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
  2. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.


Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan


Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa.


Keputihan

  1. Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih. Sebagai ulam pula, makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiap hari.
  2. Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari di waktu pagi dan petang. Bunga itu boleh direndamkan berulang-ulang hingga rasa pahitnya hilang.
  3. Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari sehingga sembuh.

Menghapuskan Bulu Roma


Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih.

PETUA IMAM SYAFIE


PETUA IMAM SYAFIE.......

Empat perkara menguatkan badan :
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan :
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata :
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata :
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran :
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR :

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



* kepada saudara muslimin-muslimat agar petua ini menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

Saturday, February 14, 2009

b4rb3qu3

baru-baru ni aku de g gnung ledang
pada asalnye kami ni pegi 8 org
tp oleh kerana 1 kereta lagi rosak
cume 4 je la y pegi
aku,,zila,,nisa n ecah

mlm sblum pegi tu kami merayap dl kt jb
g tgk wayang midnite
pastu g mkn kt stulang
dalm kol 4 a.m br kami sampai umah

pada asalnye ktorg nak gerak kol 6
tp bl pk2 blik t klu dh tdo mst terlajak
so kami buat kptsn untuk terus gerak
dh selesai wat breakfast n kemas bj
dlm kol 6 kami terus gerak

punye la ngntok ms tu
smua terlelap
sian zila bwk kete sorg2
heheheeheh

ktorg sampai muar dlm kol 9.30 a.m
pas ltak baju kt umah atok aku ktorg terus gerak g gnung ledang
ms tu ramai jgk la org kt gnung ledang
ktorg xde la nek atas sgt
pnt heheehe
yang aku tension sgt byk gile pacat
Ya Allah!!!!
tuhan je yang tau mcm mn meremangnye bulu roma aku ms tu
yang aku fobia gile ade satu pcat bsar sgr
panjang tu
tp kt mn die lkat kt bdan aku ni aku pon xtau
pas mnd tb2 aku tgk kt lantai de pacat yang dh kenyang
Ya Allah!!!!!













ktorg habis mnd dlm kol 12

then ktorg gerak g mlke lak
jalan2 kt dataran pahlawan
seronok

dlm kol 5 baru ktorg balik
mlm tu kami wat bbq
klkr
payah gile nk wat bara
yang atok aku x hbis ltak sampah untuk wat bara tu
aku pon dh pning dh ngn atok aku
hahahahaah
ape2 la atok ni
akhirnye siap gak bara ktorg

byk ktorg bkar mlm tu
ayam 2 eko besa2,,stong stgh kilo,,,udang setengah kilo,,,sosej lagi 2 set
padahal 6 org je mkn termasuk atok aku
tamak la seh hihihi















tp mmg seronok la percutian kali ni

aku harap dpt wat lg kt tmpat y lbih best
thanks to nisa,,,zila n ecah coz sudi bercuti dgn aku
thanks gak to atok aku coz bg tumpang umah die



Friday, February 13, 2009

c1nt4

baru-baru ni aku de tgk rancangan 'ALLY' kt tv3
dan topic yang dibincangkan adalh berkenaan CINTA
byk juga pendapat yang dikemukakan berkenaan cinta
ada yang mengatakan cinta itu satu perasaan sayang terhadap seseorg
ada juga yang mengatakan cinta itu adalah perasaan sayang terhadap ibu bapa

aku ada gak tanye borfriend aku apa fahaman die ttg cinta
menurutnya cinta tu satu perasaan yang lahir dari hati
apabila kite lihat org tu kite akan rasa berdebar
apabila kite bersama org tu kite akan rasa sentiasa ingin bersamamnye
apabila kite pandang org tu kite akan rasa sayang sgt
kite rasa ingin hidup bersamamnye
kite x sanggup berpisah dengannya

pada aku
aku x dpt menafsirkan cinta tu ke dalam bentuk perkataan
aku hanya tau bagaimana rasanya cinta

dan kepada mereka di luar sana
cintalah kepada yang hakiki,,,

T4np4 k3k4s1hku

Langit begitu gelap
hujan x juga reda
kuharus menyaksikan
cintaku terenggut tak terselamatkan

inginku ulang hari
inginku perbaiki
kau sangat kubutuhkan
beraninya kau pergi dan tak kembali

di mana letak syurga itu
biarku gantikan tempatmu denganku
adakah tangga syurga itu
biarku temukan untuk bersamamu

ku biarkan senyumku
menari di udara
biar semua tahu
kematian tak mengakhiri
cinta

di mana letak syurga itu
biarku gantikan tempatmu denganku
adakah tangga syurga itu
biarku temukan
untuk bersamamu

apalah ertinya hidupku
tampa kekasihku
percuma ku ada di sini

wh4t sh0uLd i d0

jun,,,
tarikh aku tamat belajar di politeknik,,,
sebenarnye aku sangat susah hati memikirkan apa yang akan terjadi selepas bulan 6 ni,,,

hubungan aku dgn kekasih hati tersayang,,,

apakah akan terjadi kepada hubungan kami,,
susah nak jmp,,
mcm mn bl aku rindu die,,,

senyuman nya,,,
tawanya,,,
kata2 nya,,,
pujukannya,,,
sentuhan belaiannya,,,
mukanya,,,
tingkahlakunya,,,

semua itu,,,
di mana,,
bagaimana,,,
bl,,,
soalan yang sentiasa bermain dibenak fikiranku,,
apakah aku sanggup menghadapinya,,,

Ya Allah,,,
berikanlah aku kekuatan untuk menghadapinya,,
Ya Allah,,,
berikanlah aku ketabahan dan kesabaran dalam menanganinya,,,
Ya Allah,,,
janganlah kau pisahkan aku daripadanya,,,

sayang,,,
nurul sayang sangat kt sayang,,,