THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, February 17, 2009

PETUA DAN RAHSIA WANITA

DI SINI SAYE INGIN BERKONGSI RAHSIA/PETUA DGN SMUA (KHAS UNTUK PEREMPUAN) MENGENAI BEBERAPA CARA MENGATASI MASALAH-MASALAH YANG SERING MENGANGGU KAUM HAWA. DIHARAP MAKLUMAT YANG DIBERIKAN DPT MMBERI SEDIKIT SEBANYAK JALAN PENYELESAIAN KEPADA ANDA.


Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid


Cara untuk mengatasinya ialah :-

  • Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih.
  • Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.

Memerahkan Bibir
  1. Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
  2. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.


Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan


Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa.


Keputihan

  1. Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih. Sebagai ulam pula, makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiap hari.
  2. Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari di waktu pagi dan petang. Bunga itu boleh direndamkan berulang-ulang hingga rasa pahitnya hilang.
  3. Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari sehingga sembuh.

Menghapuskan Bulu Roma


Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih.

0 comments: