Langkah-langkah membina Strategi Berkesan:
- Tentukan sasaran anda.
- Tentukan tempoh masa yang diberikan untuk mencapai sasaran ini.
- Buat analisa tentang kekuatan dan kelemahan diri.
- Kenalpasti ilmu, kemahiran, individu tertentu, sumber-sumber dan sebagainya yang diperlukan.
- Susun pelan tindakan.
- Sentiasa memantau, menyemak, menilai dan mengemaskini pelan tindakan anda.
Perkara penting yang perlu diingat:
Sentiasa fleksibel dalam pendekatan yang digunakan. Ada ketikanya kita perlu mencuba beberapa pendekatan dalam mencari pendekatan paling berkesan.Jangan tunggu segalanya sempurna baru mahu bermula. Tidak ada satu pun yang sempurna selagi ia ciptaan makhluk. Menantikan sesuatu perancangan yang betul-betul sempurna baru mahu bermula bermakna kita melambatkan diri kita untuk cemerlang.Mulakan langkah pertama sekarang. Tetapi harus diingat, untuk memulakan kita bukan sahaja bersemangat ketika bermula tetapi kita juga mesti kekalkan momentum yang sama hingga ke penghujungnya.Belajar dari setiap kesilapan dan kegagalan.
0 comments:
Post a Comment