THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 22, 2009

Hikmah dari kesilapan dan kegagalan

  1. Kesilapan dan kegagalan membuka peluang mencari penyelesaian baru. Ada ketikanya penyelesaian baru ini jauh lebih baik dan lebih berkesan dari pendekatan yang sebelumnya.
  2. Kesilapan dan kegagalan memberikan kita pengalaman. Ramai orang takut mencuba kerana takut gagal. Kalau begitu bagaimana kita boleh memperolehi pengalaman.
  3. Apabila kita banyak kali mencuba dan banyak kali gagal maka kita menjadi orang yang lebih berpengalaman dan mampu membuat keputusan yang lebih bijaksana.
  4. Kegagalan membina peribadi. Apabila kita gagal, kita boleh serahkan segala-galanya pada nasib, mengalah dan putus asa ATAU kita boleh memilih untuk berundur seketika, melakukan 'post-mortem' dan melangkah semula dengan lebih bergaya.
  5. Ingat! Berundur bukan bererti kalah, mengalah bukan bererti lemah. Oleh itu adakah kita mahu membina peribadi sebagai seorang yang gagal atau sebagai seorang juara? Pilihan ada ditangan kita sendiri.
  6. Kesilapan dan kegagalan menyedarkan kita tentang kekurangan dan kelemahan. Dengan pengalaman ini kita boleh memperbaikinya dan menjadi semakin jauh lebih baik selepas itu. Ia juga mengelakkan diri kita dari bersikap ego, sombong dan takbur.

1 comments:

Ziela Amjis said...

betul..betul..betul..